
Aku teringat semasa melakukan haji pada tahun 1999 dulu. Sekejapan saja masa berlalu. Ingin sekali aku pergi lagi semasa masih sihat ini. Rindu sangat nak melihat kaabah. InsyaAllah kalau ada reseki dan diizinkanNya, aku akan pergi ke sana tak lama lagi.
Dipenghujung minggu pula aku akan bergegas ke Batu Pahat untuk menghadiri kenduri kahwin dua pupu ku. Selepas tu akan balik terus ke KL. Semasa dia JB, mungkin aku nak mencuri masa menjenguk kawan-kawan sekolah di sana, jika berkesempatan.
