Meet Mass M.Y

Ampang, Selangor, Malaysia

Nov 26, 2009

Salam Aidil Adha buat muslimin dan muslimat

Esok hari Jumaat adalah jatuh hari raya haji atau hari raya aidil adha atau hari raya korban. Kalau sebelum ni pada tahun lepas berhari raya di Rembau, kali ini aku balik Johor. Dah lama tak balik Johor. Apa agaknya yang abah aku akan masak raya pagi nanti yea? mestilah nasi beriani gam atau nasi beriani darat. Sedapnya! terasa lapar pulak perut ni!....

Aku teringat semasa melakukan haji pada tahun 1999 dulu. Sekejapan saja masa berlalu. Ingin sekali aku pergi lagi semasa masih sihat ini. Rindu sangat nak melihat kaabah. InsyaAllah kalau ada reseki dan diizinkanNya, aku akan pergi ke sana tak lama lagi.

Dipenghujung minggu pula aku akan bergegas ke Batu Pahat untuk menghadiri kenduri kahwin dua pupu ku. Selepas tu akan balik terus ke KL. Semasa dia JB, mungkin aku nak mencuri masa menjenguk kawan-kawan sekolah di sana, jika berkesempatan.