Meet Mass M.Y

Ampang, Selangor, Malaysia

Nov 5, 2010

Hari ketiga

Birthday Card for someone whose birthday is on 21st of Nov.

Stamp dari Maya Road, color menggunakan Perfect Pearls (Ranger)
Penyediaan process seterusnya.

Inilah hasilnya.

Nov 4, 2010

Hari Kedua

Hari kedua ni produk yang terhasil adalah ribbon embroidery. Susah jugak nak membentuk bunga rose seperti yang diingini. Sakit la jugak jari jemari ni sebab selain nak cepat, kain yang digunakan jenis yang susah nk tembus. Manik-manik yang dijahit pulak sebenarnya hendak menutup kecacatan yang terdapat pada reben tu sebab terkoyak sedikit kesan tersalah tusuk dan sebagainya. Macam janggal aje bila sedikit je manik di situ kan? Jadi penambahan manik di beberape tempat lain yang tidak cacat, macam penambah rencah sahaja. Apapun, akhirnya sentuhan produk tidak kecundang... hahahha.
ini lah hasilnya...ribbon embroidery

Program 1 hari , 1 produk., Hari pertama= bunga reben

Bukankah pengunaan  IT ada lah suatu yang mengagumkan jika digunakan dengan penuh peradaban dan betul?  Apatah lagi penggunaan Facebook. Sebelum ini Mass pengguna Myspace, tapi kesannya tidak berapa sangat. Tapi apabila adik Mass mengesyorkan membuka akaun Facebook dua tahun lepas kalau tak silap, untuk mencari kawan-kawan sekolah yang menghilang entah ke mana, Facebook telah menjadi suatu yang begitu penting kepada Mass sehingga kini.
setiap paket mengandungi 5 kuntum yang berharga RM10

Bertemu semula kawan lama dan baru adalah suatu perkara yang sangat menarik pernah berlaku dalam hidup. Perkara yang terbaru berlaku adalah menyertai group online di Facebook kelolaan Ruzila Kasim. Sebenarnya, I like all kind of craft.. tapi masih tak pasti yang mana paling dekat di hati. Sekarang ni tengah kemaruk dengan folkart. Dalam masa yang sama tengah buat ribbon embroidery. Apa yang pasti, semuanya hobi yang mahal belaka. Sebelum ini gila dengan scrapbooking, tapi Mass suka buat kad seperti yang Mass buat produk untuk hari ke 3.

Group online kelolaan Ruzila ni bertema program 1 hari , 1 produk. Setiap ahli yang ada dalam group berusaha untuk menghasil kan apa sahaja produk dan setiap hari gambar-gambar produk yang terhasil akan ditayangkan di wall group ini.

Adalah sukar pada mulanya untuk memikirkan produk yang berlainan pada setiap hari. Apa yang Mass lakukan adalah mencatitkan pada setiap hari itu produk yang dipikirkan akan di hasilkan. Perkara itu menjadi dibuah fikiran apabila pada hari ketiga mendapat kesukaran untuk mencari idea penghasilan produk.

Ternyata, semua ahli yang berada didalam group adalah sangat berbakat dan menghasilkan produk yang cantik dan original.

Untuk hari pertama, walaupun lewat, tapi berjaya menghasil kan bunga reben untuk jualan di Ebay. Setiap satu paket ada 5 bunga reben yg berlainan. Payah juga nak menghasilkan manik ditengah reben tu. Mungkin manik-manik harus dijahit diatas kain lain kemudian barulah dijahit diatas bunga reben tersebut.




Muka saya dalam majalah DAPUR!!



IMPIANA -dapur bulan Okt-Dis 2010, ada muka sayalah!! hahaha. tapi bukan seorang, ramai tu... sila la beli majalah tu di pasaran kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi.