Meet Mass M.Y

Ampang, Selangor, Malaysia

May 19, 2008

Hari Ibu


Banyak projek aku buat masa ini. Tapi sayang, kamera Sony digital aku rosak.Kenapalah kalau pinjam hak orang itu, kepentingan pengunaan yang sebaik dan seeloknya keatas alatan tersebut tidak diiplikasikan dengan sewajarnya?.Sudah dua kali dipinjam kan kamera aku itu kepada seseorang yang sama. Namun nasib kamera aku semasa dipulang kan lagi teruk...shutter kamera itu tidak berfungsi langsung semasa aku mahu mengambil gambar projek terkini yang aku dah siapkan. Perasaan marah dah kecewa la. Nak beli yang baru bukan sekecil harganya. Aku kalau beli sesuatu barang tu memang biar kalah membeli sebabnya menang memakai. Aku beli kamera Sony tu semasa di Jepun, tujuh tahun dulu. Lihatla betapa lamanya aku memakainya dan masih dalam keadaan elok. Bila bertukar tangan aje, langsung ranap ....




Jadi terpaksala aku mengambil gambar dari kamera telefon Nokia yang tidak berapa terang. Baru-baru ini sambutan hari ibu pada 11 hb Mei. Sememangnya semasa arwah mak masih ada aku tak pernah la nak sambut. Lagipun keadaan waktu dulu tak seperti sekarang yang mana hari ibu ini diwar-warkan seawal dua atau tiga bulan oleh media dan tempiasnya memang terasa sekali. Bila tiada ibu untuk di raikan, aku pun cuma ucapkan melalui text sms meghantarkan kepada kawan rapat dan adik aku. Istimewa untuk adik aku, aku ada buat kan dia satu buku seperti album yang ada gambar dan cerita. Sebenarnya idea itu datang dari TvWeekly, host untuk idea projek tu Tracia Morris. Kebetulan aku ada kertas scrapbooking yang lawa lawa, jadi aku pun mencuba untuk buat seperti itu. Gambar-gambar kenangan bersama ibu aku diwaktu kecil kami dan dewasa aku tampal kan di dalam buku itu. Harapan dan kenangan semua aku luahkan dalam scrapbooking binder tu. I am happy because my sister really appreciate it. Suami aku pulak dia kata on mother's day dia akan masak untuk aku. Really?...Nope! not a chance!... but he did bought us Dominoes... and I ate it sampai terasa sakit perut... apa tak nya... Makan untuk berdua, tapi beli yang large dapat satu free.(if you had that gold dominoes card). Well, after all Iam quite happy with the celebration this year. Hubby is not quite romantic as to celebrates all the important date of my life. Yeah, even my birthday. I 'm quite used to it and don't mind for that because I always celebrates all the dates which applied to our life with him. I love to give him cards and homemade anything goes with the celebrations. He love when I do such things and questioned me whenever I missed given anything .
Bila ibu dah tak ada barulah terasa yang kita sebenarnya amat memerlukannya. Janganlah abaikan mereka ketika hidup mereka ini. Aku memang tak dapat habiskan masa bersama dengan ibu aku dulu.

No comments:

Post a Comment