Meet Mass M.Y

Ampang, Selangor, Malaysia

Jan 1, 2009

Salam Maal Hijrah dan tahun baru 2009...

Azam baru ape yea?.... hahahha biasala macam tahun-tahun lepas, apa lagi kalau tidak menguruskan badan. Tapi kan ada seorang school mate kita nama Pit, dia kata kalau kita badan gemuk tapi kita sihat, tak ada mengalami apa apa penyakit jadi mengapa perlu risau punyai badan yang gemuk atau berisi? Tidak semestinya kalau kita kurus akan menggembirakan kita jika berpenyakit ke atau apa la. Janji kita sihat dan bahagia.

Ada benar jugak katanya. tapi masaalahnye... hahaha dah nak masuk 4o ni, macam macam penyakit datang kala badan terlebih berat ni. Malu la nak cerita berape berat kita.. hahaha. Dulu masa anak dara kita cuma 45kilo je. Bes je... boleh pakai baju apa saja dan pakai heels pun tak sakit kaki macam sekarang. Bukan apa nak pakai heels lagi sekarang... kita ni kemetot... tak suka pakai sandal. Tau tak ape!

Siang tadi pegi area bandar JB... aku dah tak boleh nak imagine lagi jalan kat sana. Nak pergi ke sekolah lama aku pun tersasar jugak perjalanan tu. Last aku kat sekolah tu masa amik slip result spm 87. Lama tu... lepas tu tak pernah pergi sana atau lalu dekat kawasan tu. Sudah cantik kawasan tu. Asrama sigs tu pun dah lawa. Dapatlah snap satu dua pic untuk kenangan.

Masa amik picture ni waktu hujan turun... water spots kat cermin, tak brape jelas. Lokasi ni di ambil dari belakang bangunan sebelah kiri pintu masuk utama sekolah. Gate tu sebelum ni tak ada kat situ. Nampaknya sekolah tu dah ada kenderaan bas sendiri.


Bilik gurubesar... pernah di panggil ke bilik atas tu yang waktu itu Mrs. Dawn Parry. Bukan aku seorang tapi satu kelas... kesalahan yg di dakwa, mengotorkan bilik air... dulu setiap satu kelas diwajib kan menjaga satu bilik air. kalau tak silap kelas aku berkongsi dengan kelas sebelah pagi atau petang... tak ingat masa tu aku form berape yea..... aku tak pernah mengotorkan bilik air sedemikian sebab disiplin diri mengatasi segalanya. Jadi bila terkena benda macam tu punyerlah frust ditanggungjawabkan untuk membersihkan kotoran yang dilakukan orang lain.Tak payah diceritakan secara detail bagaimana rupa pencemaran yg berlaku dalam tandas tu. TST je la. Kami didenda untuk membersihkannya.. dengan hati yang sakit... menyumpah yumpah siapalah punya kerja.... grrrrrr....

Tempat lepak kegemaran masing-masing adalah dalam dewan. Berkelompok-kelompok. Masa tu nampak la perbezaan budak kurang pandai dengan budak pandai. Nampak sesangat. Pulak tu aku dari kelas H. masa tu kelas sampai I. Giler... hahaha... Aku cuba nak mix dengan budak pandai tu. Bukan ape, masa tu aku pikir, kalau aku kawan dengan budak pandai, setidak tidaknya nanti aku boleh bertanya pelajaran dengan mereka dan memungkin kan aku boleh jadi pandai sama. Tapi lain pula yang terjadi. Aku tak salah kan sesiapa... tapi mungkin aku ni nampak macam over sangat nak kawan dengan diorang. Aku masih ingat lagi, masa aku form two, masih kelas yg sama... aku cuba berkawan dengan seorang dari kelas B. Masa tu kelas A sebelah pagi yg dikhaskan untuk budak band dan atlit. Aku berkenan nak kawan dengan budak kelas B tu sebab dia tu prefect, mestila pandai bukan?... jadi aku boleh tanya maths aku masa tu teruk la jugak. Aku ke hulu ke hilir dengan dia sebelum waktu masuk kelas dan rehat. Aku suka kawan dengan dia sebab aku pikir dia tak kisah kawan dengan someone yang tak brape pandai macam aku ni la...

Entah macamana satu hari tu, bila macam biasa waktu datang kesekolah aku cari dia dalam dewan tu. Tapi aku tengok muka dia masam mencuka dan dia tak nak jumpa aku. Kenapa? Pasal apa dia avoiding me pun aku tak tau. Tak de explaination dari dia... Mungkin dia ingat aku ni lesbian ke ape? Ialah... dari cara dia memulaukan aku dan tak nak langsung jumpa aku... buat aku malu la jugak sebab kawan-kawan dia semua memerhatikan aku kala tu... Sejak itu aku berazam nak belajar pandai pandai dan nak masuk kelas yang pandai la...

Tahum berikutnya, aku dapat masuk kelas tingkatan 3 G... kira dah abis baik la tu. Sebenarnya, masa tingkatan 2 tu, ada satu lagi peristiwa sebelum aku berkawan dengan budak kelas B tu (tak payah lah aku menamakan nya).

Malas la aku nak cerita pasal tu... ni pun pasal nak jadi pandai dan cuba berkawan dengan 2 org pelajar ni, nama aku busuk seketika. Pengawas nungkin rata-rata dah tahu pasal aku dan mungkin itulah salah satu sebab mengapa kawan aku yang dari kelas B tadi tak mahu berkawan dengan aku lagi. Muka saja cantik dan pandai, tapi perangai diorang berdua yang aku kenal tu tak sejiwa langsung. Tak sangka diorang tu sanggup tipu aku . Sesiapa yang nak tau apa masaalahnya yang sebenarnya berlaku di sini antara kami, email la aku. Aku tak sanggup nak cerita kat sini, pasal... kemungkinan ada kawan-kawan yang mengenali mereka ni nanti mengata pulak. Biarlah... aku pun serik asyik dipermainkan aje. Al maklumlah, budak dari kelas bodoh masa tu. Kena buli punya lah kan...

Selepas tu aku dapat masuk kelas sains semasa form 4D. Aku puas hati dapat lompat banyak walaupun kelas sains yang last? Apapun, ada sorang school mate yg aku jumpa di FB, masa kenalkan diri aku padanya... aku kata dia mungkin tak kenal aku lagi sebab masa sekolah dia dari kelas A... dan aku D, jadi tak berapa mesra tapi aku kenal muka time batch aku tu. Namun jawabnya, tak ada bezanya kelas A ke B ke. Semuanya sama pandai cuma kelas saja yang membezakan kedudukkan masing-masing. Ok... memang dia pandai... :D

Moral of the story... tak perlu berbaik dengan orang yang kita anggap dia maju dari kita untuk kita jadi seperti mereka. Kita hanya perlu melihat semangat yang mereka bawa didalam diri mereka yang menjadi kan mereka maju atau cemerlang itu sebagai satu dorongan supaya kita juga boleh jadi cemerlang seperti mereka. Bukan jadi 'mereka'.... BE YOU!... ok la penat bercerita kali ni...

Entah apa-apalah yang aku tulis kali ni. Dah 3 am.. patutla penat giler....

No comments:

Post a Comment