May 29, 2009



Father's Day Contest


Semalam aku terjumpa blog Mama Tisya . Layan kejap blog ni dan ternampaklah Father's Day Contest ni. Waaahhhh... menariknya... ! Tak sangka yea community blogger kat Mesia ni dah buat macam blogger kat USA. Diorang tu pun selalu buat giveaway atau swap barang-barang kraft buatan sendiri. Kira aku ni da ketinggalan pasal kegiatan ni oleh blogger kat Mesia ni sebab selalunya melayari website orangputih aje. Bukan ape, seronok tengok barang gadget untuk bahan krafting yang advance berbanding kat Mesia.

Okaylah, mengenai Father's Day.... kalau nak ikut kan aku tak ambil tahu pun pasal nye... Cuma, sejak ada baby barula aku insaf... bukan ape, tengok husband yang penat balik kerja, letih, kesian dia cari rezeki yang halal untuk kitorang. Pastu balik penat-penat, baby ajak main 'build a house' dari kusyen sofa aku. Takkanla sambut birthday dia aje kan? mestilah nak sambutan hari bapa yang lebih istimewakan? Jadi tahun lepas aku buat kad untuk dia dan masak special menu. He appreciate it very much!



Nama Papa: Abdul Wahab Zakaria
Nama Anak: Ain Nur Diyanah
Umur Anak: 3 tahun, 8 bulan

Pada awal tahun ni, kami ada makan angin ke Langkawi. Dan di sini disertakan gambar anak dan papa bersama. Gambar ini menjadi pilihan untuk contest Father's Day kelolaan Mama Tisya kerana gambar ini menunjukkan betapa akrabnya puteriku yang bernama Ain Nur Diyanah berusia 3 tahun, 8 bulan dengan Papanya. Ini kerana keletahnya yang manja serta kelasakkannya membuatkan Papa Ain sangat tekun menjaganya dan melayan kerenahnya yang kadang kala amat memenatkan. Papa Ain tak pernah komplen pun...

Kali ni kami merancang celebrate makan kat mana mana yang bes dan pastu nak bawa Ain pegi main bowling. Rasanya dah tiba masa Papa Ain tunjukkan cara yang betul main bowling.... manala tau kan dah besar nanti boleh jadi pemain kebangsaan bowling kebanggaan negara.... siapa tau kan? :D

Oh ya !... terima kasih buat Mama Tisya yang bersusah payah buat contest ni ek. Nanti anjurkan lagi contest menarik macam ni. Saya pun dapat ramai kawan baru!... I am having fun dan kalau dapat hadiah bes gak kan?... tapi apakah hadiah itu?...waaaa... surprisednyeee!


2 comments:

  1. wah cpt wt entry ye even contest lum bermula..bgs2

    vote utk tisya utk toddler super model contest..cara2 nk vote jom tgk kt blog mamatisya...tq

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan....moga berjaya...meh ke umah...tukar2 link...

    ReplyDelete